Saturday, October 23, 2010

Perjanjian kerangka kerjasama ekonomi Taiwan

Kebelakangan ini, Taiwan berhasrat menangani satu perjanjian kerangka kerjasama ekonomi dengan China supaya dapat memansuhkan tarif atau duti import antara dua negara ini. Namun begitu, terdapat sebahagian penduduk Taiwan berpendapat bahawa perjanjian ini akan merugikan Taiwan bukan saja dari segi ekonomi negara malah pentabiran politik negara.

Pada pendapat saya, kita patut melihat dari segi yang lebih optimistik. Perjanjian ini merupakan satu peluang kepada Taiwan untuk meluaskan pasarannya. Populasi China yang dikatakan merupakan populasi yang paling ramai di dunia ini merupakan satu peluang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan. Jika Taiwan tidak dapat bersaing dari segi harga, Taiwan patut memberi perhatian kepada kualiti barang dan perkhidmatan untuk bersaing dalam pasaran China.

Pembantahan rakyat Taiwan kebanyakan disebabkan oleh faktor politik yang dikatakan China akan campur tangan dalam hal-ehwal negara. Rakyat Taiwan patut melihat dari aspek yang lebih jauh iaitu membolehkan Taiwan bertanding di pentas antarabangsa. Taiwan patut mengambil peluang ini untuk menunjukkan kekuatannya supaya dapat memperluaskan pasaran perdagangannya.

No comments:

Post a Comment