Saturday, October 23, 2010

Peningkatan nilai mata wang negara

Berhati-hati dengan peningkatan mata wang negara

Kebelakangan ini, nilai mata wang negara-negara asia telah meningkat dengan mendadak terutamanya Malaysia. Kenaikan nilai mata wang RM menggembirakan rakyat malaysia setelah malaysia mengalami pertumbuhan nilai mata wang yang agak ketinggalan berbanding dengan negara lain. Peningkatan mata wang RM juga mengambarkan bahawa kuasa beli pengguna telah meningkat dan dapat menikmati harga barang import yang lebih murah.

Selain itu, kenaikan nilai RM juga menunjukkan keyakinan pelabur dan peniaga terhadap ekonomi negara. Pelancaran Program Tranformasi Ekonomi telah menyakinkan lagi pelabur dan peniaga untuk melabur di negara kita. Pada suatu zaman ketika, Malaysia merupakan salah satu pilihan destinasi FDI tetapi pelabur FDI ini telah mengalir keluar sejak kebelakangan tahun ini apabila pelabur hilang keyakinan terhadap polisi kerajaaan malaysia dan faktor-faktor lain.

Namun, kenaikan nilai ringgit yang terlalu tinggi bukanlah satu pekara yang mengembirakan bagi satu negara yang banyak bergantung kepada kegiatan eksport seperti Malaysia. Apabila nilai ringgit meningkat, maka harga barang tempatan akan menjadi lebih tinggi secara relatifnya dan akan menghadapi persaingan harga dengan barangan lain. Hal ini akan merosotkan jumlah eksport negara.

Selain itu, negara kita banyak bergantung kepada sektor perlancongan di mana sektor ini banyak dipengaruhi oleh kadar pertukaran mata wang. Kenaikan ringgit akan memberi kesan negatif kepada sektor ini di negara kita kerana kos untuk melancong ke negara kita akan meningkat apabila nilai ringgit semakin tinggi.

Kesimpulannya, kenaikan ringgit haruslah dikawal dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan kesan negatif kepada negara.

No comments:

Post a Comment