Saturday, October 23, 2010

Mampukah China mengatasi Ekonomi Amerika Syarikat ?

Ekonomi berprestasi baik kebelakangan tahun ini. Orang ramai telah berubah sikap terhadap China apabila China mula menyertai WTO pada tahun 2001 yang menandakan negara mula berubah corak pemerintahannya daripada negara komunis kepada negara yang berekonomi terbuka. Ekonomi China telah mengorak langkah ke arah negara maju selepas tahun 2001.

Negara China mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan negara lain. Salah satu kelebihannya ialah saiz pasaran yang besar. Negara china mempunyai populasi yang paling ramai di dunia ini iaitu kira-kira 1.3billion penduduk. Jika setiap orang membelanjakan $1, ini akan menghasilkan $1.3 billion. Pasaran di china yang luas telah mendorong ramai pelabur melabur di china supaya dapat menikmati faedah daripada pasaran yang luas itu. Kemasukan pelabur asing akan menghasilan lebih banyak peluang pekerja dan seterusnya meningkatkan GDP negara. Ekonomi China akan bertambah baik dengan pengaliran masuk FDI ke dalam negara.

Selain itu, negara China juga mempunyai kelebihan daripada kos pengeluaran yang murah di China. Tenaga buruh di China jauh lebih murah berbanding negara lain kerana penawaran buruh yang berlebihan. Tanah dan bangunan di China juga lebih murah dan ini mengurangkan kos pengeluaran sesebuah firma. Oleh itu, ramai pelabur suka melabur di China dan mendirikan kilang di China. Ini telah menyebabkan volume eksport China meningkat dalam 10 tahun ini.

Dengan kelebihan yang berada di China, saya yakin China dapat mengatasi ekonomi AS pada suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment